20090712

Do more than ponder, pray.

"Bunuh"

Dia seolah bagi nyawa pada aku..

5 hari dipeluk syaitan.

Emosi di tempat baru. Kau terkejut aku di sini. Sebab kau tak ambil tahu lah, bebal. Kafe sebesar stadium Chin Woo ini adalah satu-satunya tempat bersosial. Sadis? Lebih dari itu.

Yang paling hujung ini adalah apartmen pelajar baru. Dan serumah dengan aku, masih Dedeyh Dahlia. Kebetulan bukan?


Aku gelar ini sebagai tangga neraka. Kalau kau ada kereta, ini bukan 1 dugaan besar buat kau. Tangga ini dindingnya tinggi. Kau takkan nampak kepala orang yang sedang mendakinya dengan sabar. Tapi kadang-kadang aku gelarkan 'Anak Tangga ka Sorga'.


Besar harapan mereka hantar aku ke sini. Aku sedikit pun tidak bersedia. Tidur sepanjang perjalanan. Ke kuliah dengan zikir "bosan bosan bosan." Bubu sudah berkali suntik aku dengan moral. Nasib baik Ratna ada, ingatkan aku tentang Tuhan kita. Ada 1 kuliah itu, pensyarahnya seolah bagi nyawa pada aku, pada setiap lontaran katanya. Sungguh kau takkan tahu betapa birunya langit jika selamanya kaki kau terpasak di bumi. Bubu, aku sudah jumpa Tuhan kita. Moga ia memanusiakan kita.

Degree in Event Management.

Aku menyerah Ya Rabb, kau terbangkanlah tubuh aku ke tempat yang kau layakkan aku jatuh.

20090705

Hari ini.

Tuhan sudah tulis macam-macam di Loh Mahfuz sana..


xAkmalx, sahabat kepada Enche-Aku-Mahu-KFC-dan-Seks, dia yang beri aku substansi untuk mulakan periuk nasi ini. Sedikit pun dia tidak risau untuk beri aku seinfiniti ilmu tentang perusahaan gig dan majlis-majlis musik. Aku sedikit kagum bila dia bawa kugiran-kugiran luar negara, dengan hanya dia seorang sebagai tauke dan kuli. Seorang, yang seorang. Aku mula fikirkan dimana logiknya disitu. Mana mungkin, bukan? Tapi kata hidup, hendak seribu daya, mahu seribu cara. Dan akhirnya aku hidupkan label sendiri, Radiogram Project, bersama seorang lagi teman.

Dan flyer pertama untuk periuk nasi Radiogram
Projek, aku masih ingat ketika majlis penyerahan flyer secara rasmi di kedai makan berhampiran kampus. Aku, Edy, Bhai, Adam, Bobo dan Kurut ada bersama. Masa itu Edy suruh aku habiskan makanan, "tapi bobo tak habis pun." Edy jawab "habis nak ikut dia?" Aku sengihkan sahaja. Dan setiap malam aku di bawah kotak lahanat teman seperjuangan Radiogram, berbincang tentang itu dan ini. Tetapi, 3 hari sebelum hari besar kami, dia dirasuk, angkat kaki dan berlalu pergi. 3 hari yang aku rasa cukup palat, yang tertoreh lumat hancur hati aku fikirkan semua ini. Dan akhirnya aku sendiri. Terkangkang-kangkang buat semua itu ini. Dan akhirnya dia kembali, jelaskan sebenarnya begini. Tapi aku masih sendiri. Berjuang untuk periuk nasi.


Dan tibalah hari besar yang pertama. Aku dan Eiya tiba seawal 12 tengahari, semuanya masih berkunci. Ketung ketang ketung ketang. Siap. Hanya menunggu penonton dan pejuang-pejuang lantai musik. Hari yang takkan aku lupa. Terima kasih Kuting, untuk segalanya. Kelahiran pertama yang banyak celanya. Biasalah manusia tak pernah sempurna. Alhamdulillah semuanya lancar. Walau ada beberapa kugiran yang bikin masalah. Yang penat lelah bikin kugiran, tapi senang-senang palit dengan tahi. Tidak mengapa, aku kan sentiasa ada. Hari ini kau pijak, esok dah boleh sengih-sengih. Begitu?

Abang hulurkan tiket-tiket ke Sorga. Mulanya aku tak kisah. Akibat berselisih dengan orang lain. Dan akhirnya aku pergi juga. Bersama Eiya. Tempat yang telah 10 tahun aku tinggalkan jejak. Rolerkoster tunggang terbalik itu benar-benar bikin isi perut aku bergelodak. Kata Eiya "kita main 2-3 kali, bagi hilang melatah stej frait kau tu." Solera, aku jerit lantang nama Tuhan di atas awan pekat sangat. Fuhh.

Berbalik untuk kerja. Majlis musik kedua. Masih lagi dengan kugiran-kugiran yang bermasalah. Yang campak maruah depan mata aku, berguling-guling. Tapi aku harus tegar. Jadi pengatur majlis, bukannya mudah. Dulu sewaktu pengajian, ada satu subjek khas untuk penuhkan ilmu di dada tentang pengaturcaraan majlis. Tetapi aku tidak ambil pusing. Aku masuk dalam biro paling mudah, biro hadiah. Senang, beli hadiah, sudah siah kerja. Logistik, pemasaran, semua aku tak pandang. Alih-alih bila buat majlis sendiri, habis terkangkang.

Label ini banyak membantu aku, oleh Hani, yang Tuhan hantarkan untuk ajar sesuatu. Dulu sewaktu aku bekerja dengan forum DotDotDot (bukan nama sebenar), moral aku disuntik untuk menjatuhkan mana-mana entiti yang sebidang dengan kami. Kau bikin roti, aku bikin pastri, aku harus musnahkan kau. Begitu. Tetapi bila aku hidupkan Radiogram dan si anjelik Hani ini tahu kondisi aku yang mengurus segalanya seorang diri, dia tampil untuk bantu. aku tadah, pemberian yang maha hebat. Seolah aku minta betis, dia beri peha. Kami sebidang, tapi dia tidak lokek untuk beri aku ilmu, beri aku bantu. Rasa syukur yang infiniti. Dan pelajaran bahawa kita tidak harus saling benci dan menjatuhkan, kata pepatah, "if you cant beat them, join them"

Beberapa kugiran tidak dapat performasi 1 minggu sebelum hari majlis, telat benar dikhabarkan pada aku. 2 hari sebelum hari majlis, adob fotosop aku pula mati. Dan Hani bantu lagi. Flyer baru, dengan penambahan kugiran-kugiran sumbangan Hani. Terima kasih yang infiniti, apa lagi mampu aku beri.

Majlis kedua ini tidak sempurna seperti sangkaan aku. Aku tiba telat 30 minit apabila 2 kugiran sudah sedia terpacak menunggu. Ah benar tercalar ego aku waktu itu. Kondisi tempat majlis itu pula tidak seperti jangkaan aku. Kurang itu, kurang ini. Kasihan penjerit-penjerit kugiran, baru sahaja melaung lantang, mikrofon tikam pula belakang. Ramai khabarkan agar aku cari tempat yang lebih enak. Yang ini bagus, tetapi tidak mencapai klimaks mereka. Sabar, kalau kita tidak cuba, kita tidak akan tahu yang sebenarnya bukan. Jadi aku sudah kutip nasihat-nasihat dari mereka, dan ya harus dipertingkatkan kualitinya. Majlis kedua ini begitu laju bagi aku, dengan dibantu seorang teman yang menjaga tiket, aku lelah yang teramat. Bila semuanya dibahu aku, teman yang lain entah di mana tidak membantu. Jadual performasi kugiran aku jaga rapi, agar tidak timbul rasa iri. Waktu performasi, kertas-kertas fidbek en sajesyen, jadi tukangcara majlis, sungguh bukan mudah.


Aku harap apa yang aku galas hari ini masih berpasakkan keberkatan
Tuhan, moga aku tidak jauh dan diambil syaitan. Moga tidak dijunjung kepala aku dengan rasa riak, egois dan sombong. Moga tidak aku hanyut dengan apa yang Tuhan beri pinjam untuk sekejap cuma ini. Mudah-mudahan.

Sabtu 4 Julai, sebagai satu-satunya wakil sapoting label, aku turun ke Noisy Ampang, dengan penat semalam mencari tudung Eiya untuk konvokesyen, masih tak hilang. Aku datang seorang, untuk beri semangat pada label Sensederia juga. Aku pijak lantai luar rumah dengan nawaitu mahu tonton Second Combat yang mereka khabarkan berhantu sangat itu. Tapi malangnya menjelang maghrib, tubuh aku sudah tidak tertahan lagi. Salam sana, salam sini, terus pulang.

Waktu performasi Kiss The Fallen. Performasi mereka mantap, sungguh mengiurkan.

Dan ini majlis musik ketiga Radiogram. Ada rezeki, kita kongsi sama-sama. Tak usah meludah. Udara kau, udara aku, datang dari Dia juga.

Semalam.

Bila kita jengah tarikh semalam, kita takkan pernah lupa hari dan waktu yang mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa, untuk menjadi manusia...

Mana pernah aku lupa hari-hari perit untuk lulus ACC100. Mungkin mudah bagi kau tapi payah bagi aku. Saat ini sewaktu kuliah simulasi. Aku ke belakang bangunan, meninggalkan sebentar Edy dan teman-teman di kelas. Saat yang aku jeritkan nama Tuhan, minta diberkatkan ilmu agar aku lulus tahun akhir pengajian. Gusar jika sangkut kertas peperiksaan akhir. Gusar untuk lukakan hati ibu dan ayah lagi. Gusar jika maruah tercalar. Gusar, yang amat.

Dan sepanjang setengah tahun itu aku huni Kotak Lahanat seorang diri. 8 katil yang kosong. Berhampiran hutan dengan bunyian aneh setiap malam, sepanjang 6 bulan. Ratna pernah bisik "Dulu besar tapak tangan, mama jaga sampai sekarang dah pandai taip mesej, hantar pergi belajar, sampai dah boleh duduk seorang diri kat situ." Aku terus kuat. Ditinggalkan teman-teman yang kerja di tempat mereka sendiri. Aku? Kerja di sini. Kenapa? Sangkut kertas ACC100. Perit bila suara-suara nakal itu sering menghantui tidur aku. Perit bila air mata jatuh seolah tak mahu henti, teringat dulu sebantai, setilam, sehidup semati, tapi sekarang, kat sebelah sudah tiada lagi. Rabak jiwa aku tanpa mereka. Sungguh.


Si kecil ini, yang Tuhan hantarkan untuk menemani aku. Untuk ajar aku menjadi sabar. Untuk ajar aku menjadi manusia.

Ketika ini semua pelajar sudah mula bercuti, aku teruskan kerja di Kubik Pejabat sepanjang 3 bulan, untuk gaji RM32 sehari. Mungkin kecil bagi kau, tapi bila lelah kau setiap kali pulang dari pejabat, dan MNG, Starbucks, Padini itu seolah unit-unit yang kau akan fikir 2 kali untuk pergi. Masa ini kau akan tahu nilai wang ringgit yang mak ayah kau beri. Masa ini kau akan tahu nilai kasih mak ayah kau yang berjuang dengan lelah untuk menyempurnakan hidup kau. Kau takkan pernah tahu, sampai Tuhan beri kau ruang pula di situ. Aku sudah rasa. Masa kau, tunggu sahaja.


Dan sepanjang aku serah komitmen di Kubik Pejabat, semua kolej kediaman ditutup secara rasmi, maka aku mula mencari rumah untuk yang sekejap sahaja didiami. Dan Tuhan hantarkan Ratna, untuk seka segala rasa lelah aku. Untuk sama-sama terkinja bila dipalatkan. Terima kasih kerana beri peluang aku aku kenal hati budi dia lebih dalam, sungguh dia telah ajar aku sesuatu, terima kasih Tuhan.


Aku menghitung sisa-sisa hari untuk kontrak kerja akhirnya tamat. Tertekan. Pensyarah dulu pernah pesan, pejabat bukan tempat untuk buat silap, kalau masa belajar, mungkinlah. Jadi untuk beri yang terbaik pada setiap masa dan anggap diri kau 'monk', ya bukannya mudah. Kalau dulu, zaman perfeksyenis, mungkin mudah. Tapi masa sentiasa bawa kita lari untuk berubah. Lebih teruk, lebih baik. Kita semua pernah rasa. Cuma jangan pernah menyerah untuk kalah. Hari ini harus lebih baik dari semalam. Cukup mahu, cukup laku, insyaallah.


Dan setiap malam yang ke sana ke mari aku dan Ratna. Walau segelas minuman, duduk berjam-jam. Lepaskan rasa lelah. Lepaskan rasa parah.

Inilah hari-hari, yang kalau aku tak kuat, aku sudah lama mati..

20090628

Nerve-Ears Chapter II

Tentatif: Nerve-Ears Gig Chapter II

Lokasi Pembunuhan: Giggers @ Paul's Place

Mangsa Bunuh: 14 gerombolan - Daarchlea, Lisa's Diary, Everything Ends, Imaginary Frens, Mad Monster's Attack, Ourmemoirs, Pluspill, Casey's Last Ride, Bon3ka, Dahlia by the Stairs, State of Asphyxia, Chembridge dan Vice Versa.

Pembunuh Upahan: Hann Zavemi

Pembantu Sementara: Cik Ain Taufiq

Syarikat Pembunuhan: Radiogram Project



Direka oleh pembunuh upahan, bukti kejadian - kasut lusuh Vans pembunuh.


Iklan bunuh yang direka oleh Syarikat Pembunuh Sovereign Records akibat Adobe Photoshop Syarikat Radiogram Project telah ekspayed 2 hari sebelum hari pembunuhan.

Daarchlea - mangsa bunuh paling metal dalam sejarah pembunuhan Syarikat Radiogram.

Emy dari Daarchlea, yang susah untuk dibunuh. Terpaksa dicincang berkali-kali.

Ini adalah mangsa-mangsa yang tidak tahu akan mati dipenggal sebentar lagi.


Vice Versa - Yang kalis peluru. Punya gajet-gajet hebat untuk meloloskan diri dari dibunuh. Punya potensi, bakat dan shomencip terbaik untuk hari Sabtu, 27 June di Paul's Place.

Bon3ka - Dari Ipoh, Perak. Berjaya membunuh lautan remaja yang terkinja-kinja dan melompat-lompat di depan pentas.

eOurmemoirs - Yang tak berapa nak kalis peluru akibat terlalu gelap.

Mad Monster's Attack - Dari Terengganu. Mangsa bunuh yang beraksi paling laju dan pantas.

20090618

akustatikahaha.

20090617

Singa.

"Semalam aku busking, dapat buah ciku yang belum masak."

"Sapa bagi?"

"Ada makcik tu. Dia request lagu Sesuci Lebaran."

20090616

Akustika Melankolia




20090611

Hari anak-anak UiTM menggelupur.

Ah hari ini keputusan peperiksaan akhir keluar.

*senyum.

Sebab sudah lihat 2 minggu lepas.
Keputusan pengambilan ijazah itu minggu hadapan.
Teman aku senyum.
Sebab dia sudah lihat 2 hari lepas.

Aku? Masih ternganga.

Lihat sahaja minggu hadapan.

20090610

Sithet, sit here.

Sejak Eiya sepering kelin bilik, banyak barang hilang.
Kertas lukisan habis kemek, tiub lukisan aku belum tengok lagi.
Cat minyak aku habis tak kelihatan langsung.
Rerantaian ada yang tercabut, macam-macam rosak patah.

Peribadi aku disentuh.
Ni yang buat aku nak kumpul duit gila babi.
Nak beli rumah sendiri, ah.

Bilik tuan besar harus kenek dengan wodrob klozet.
1 bilik solat itu akan diletak buku-buku untuk bacaan.
Macam perpustakaan mini yang comel.
1 bilik khas untuk letak instrumen yang ada sekarang.
Amplifier, gitar akustik, kibod, mic stand.
Di sudut bilik instrumen itu, akan tergantung semua lukisan.
Dan tin-tin cat minyak bertaburan atas lantai.
Ah syahdunya.

Bilik sekarang betul-betul tak mampu tampung nafsu.
Ah.

Bulur.

Di Kubik Pejabat, jam 1:37 petang.
Aku kelaparan. Ah duit kena catu.

Bulan Oktober ada pesta, harus ikat perut gila babi punya.
Pesta musik bising, hantuk-hantuk kepala.
Mengingatkan aku pada zaman-zaman muda Rock The World.
Tapi kali ini perihal masa depan, harus gandakan duit.
Bukan nafsu musik keras semata-mata.

Kau ingat senang ke?
Bila kau adalah kepala majlis musik bising.
Kau harus atur semuanya.
Tapi kaki kau goyang untuk bertendangan sesama mereka.
Mahu khayal hantuk kepala, tumbuk entah siapa.

"aku nak masuk dalam nak mosh!!!"
"kau organizer la bodoh, sten bai kat luar, jaga booth, jaga tiket, jaga jadual band."
"arghhh!!! nak masuk gak! wuwuwuwuw....sob sob sob."
"bangang."

Sungguh, godaan maha hebat buat aku.

Ah ini semua pengaruh kapitalis telah merasuk aku.
Mahu benar apartmen berdinding kaca menghadap KLCC.
Mahu angkat kereta kumbang kontot akhir tahun ini.

Ah sabar lah tolol, kerja dulu kerja.
Aku sedang terliur tunggu panggilan ijazah.
5 tahun dari sekarang, mudah-mudahan.
Apartmen berdinding kaca menghadap KLCC.
Dan kereta kumbang kontot.

*pejam mata

*kesat liur

Darah dan nafas.

Aku di Kubik Pejabat.
Teringat Army of Skanks.
Seperti keanakan melabel teman rapat sebagai kelik.

Aku teringat di Kolam Air Panas Ala Jepun.
Aku duduk membelakangi kolam.
Bobo datang, tolak aku dari depan.
Menggelupur aku jatuh ke dalam.

Aku teringat di depan Kotak Lahanat.
Kami berempat di penghadang besi sebelah Kafe Perempuan.
Aku kutip roti jatuh atas pasir.
Duit tak ada masa tu, sebab apa?
Sebab tolong rakan baik mulakan periuk nasi.

Aku teringat satu malam pekat, tepat jam 1.
Rakan baik hantar teks.
Mahu buku Entrepreneurship milik Maman.
Dia mahu sekarang, sekarang juga.
Aku serah, tanpa sepatah bantah, tanpa sepatah betah.

Aku teringat tragedi di KFD.
Bobo simbah aku dengan 7UpRevive.
Aku menangis sepanjang perjalanan pulang.
Teringat orang yang tak sepatutnya aku ingat.
Memang aku tolol, aku tempias pada teman-teman.

Aku teringat pada Hari Lahir Cik Mapin.
Bobo ajak cari hadiah, dia tanya aku ada RM5 ke tak.
Dia tahu aku tak ada duit, semua orang tahu aku tak ada duit.
Sebab apa? Sebab tolong rakan baik mulakan periuk nasi.
Kami berlari dalam hujan dari Dataran Pahlawan ke kereta.
Bobo memandu, rakan baik tidur di sebelah.
Aku melalak syok sendiri macam orang gila.

Aku dan teman-teman terus bertahan.
Sampai satu saat, macam dah tawar hati.
"aku boleh buat, kenapa kau tak"
"aku la la la, kenapa kau la la la."
"aku cakap lain, kau faham lain."
Macam-macam hal.

Ada 1 hari.
Rakan baik pulang ke rumah.
Edy ke Neraka tonton wayang seorang diri.
Bobo seharian sembahyang depan komputer.
Aku bersengkang mata tulis Blood and Tears.
Masa itu aku sudah mula rasa.

Teori institusi persahabatan.

Yang aku percaya dari dulu.
"Friends rely where I settle."
Kita semua ada tulisan masing-masing.
Takdir, ruang, nasib dan masa depan.
Di Loh Mahfuz atas sana.

Selamat menjalani hidup, teman-teman sekalian.

Bila sudah senang, jangan lupa teman lain.
Jangan lupa orang yang pernah jatuh bangun bersama.
Jangan lupa orang yang pernah gelak tawa bersama.
Jangan lupa orang yang sugul muram bersama.
Jangan lupa orang yang pernah bantu kita.
Jangan lupa orang yang pernah susah untuk kita.


Aku pernah kutip roti yang jatuh di pasir.
Aku pernah catu syiling bersama Patena.
Aku pernah berharian ikat perut tak makan.
Aku pernah bersengkang mata siapkan kertas kerja.
Aku pernah rayu Edy untuk sedikit duit minyak.
Aku pernah dimarahi, disindir, diperli Edy sehabis baik.
Aku pernah bertahan hingga tengah malam semata diskusi.
Aku pernah berpenat lelah melawan penat harian aku.
Aku pernah curi waktu padat untuk tulis artikel di pejabat.
Aku pernah mementingkan diskusi dari ACC100.
Aku pernah sentiasa ada waktu kau mahukan aku.

Waktu mereka yang lain tiada untuk kamu.
Di saat kamu benar-benar membutuhkan tangan.

Tapi hari ini, ketika ini.
Bila aku tegur tegur sedikit tentang itu ini.
Kau semakin jauh.
Kau fak-of kan aku.
Kata kata aku annoying.
Kau tak jaga kebajikan aku sebagai pembantu.
Kau tak jaga hati aku.
Kau maki aku, kau perli aku, kau marah aku, kau sindir aku.
Kau bakulsampahkan aku, kau babikan aku.
Kau ludahkan kata-kata kesat.
Kau hembuskan sumpah seranah pekat.

Tapi aku masih boleh senyum.
Masih boleh sabar, ya masih boleh tabah.
Dengan perangai kamu.

Dengan apa yang kamu hadiahkan pada aku.
Aku masih canang pada teman-teman.
"Dia teman yang baik. Jangan cakap kalau kamu tak kenal dia."

Kerana kamu, ya kamu rakan baik aku.
Kerana waktu itu aku sayang kamu.
Kerana waktu itu kita sedarah, senafas.
Jangan persetannkan semua itu.

Kerana ada yang sentiasa perhatikan kita.

Tak payah pejam mata, tak payah fikir.

Aku tidak tahu apa lagi ada esok lusa.
Teruskan sahaja jalan yang telah disediakan untuk kita.

Menulis,


Ahli Jiwa

Nerve-Ears Chap II.


Sila klik pada imej.

20090609

Lari.

Aku lari sebentar.
3 hari di Rupmul Alauk, terlalu laju.

11 Juli, Akustika Melankolia.
Ada Fynn Jamal ya teman-teman.
Flyer akan keluar, tak lama lagi.
Tunggu ya kalian.
Aku juga tak sabar menanti hari.

Dan.

Terima kasih kerana tak campak pasir dalam periuk nasi aku.
Kehadapan si bebal yang aku benci.
Mungkin dulu aku ini duduknya diam di sisi kamu.
Tapi sekarang berani lah kau lalu depan aku.
Akan aku cantas kau hingga lumat.
Akan aku sembam kepala ego kau ke tanah.

Terlalu banyak syaitan yang memeluk aku saat ini.
Jangan, sungguh jangan kau heret aku sekali ke Neraka.
Aku tidak mahu dihenyak lama di sana.
Ah.

Setiap hari aku toleh hari-hari kita...











20090605

Shithead.

Seharian setambel sepes Bubu Wuwu.
Ah rindunya roksta aku.
Tapi hari ni aku tak hepi.

Kebelakangan ini banyak sangat benda bodoh jadi.
Harus dil sama orang bodoh yang besar kepala.
Harus kerjasama dengan orang bodoh.
Harus sef orang bodoh.
Harus jaga hati orang bodoh.

Semalam aku teks Patena tentang si bodoh itu.

"Sabar, Tuhan nampak apa dia buat."

Apa yang aku boleh cakap.
Hidup ni karma, hidup ni roda.
Hari ni kau ada segalanya.
Sampai waktu, Tuhan akan ambil kembali.
Dari kau, dari aku, dari semua kita.
Harap aku tak gila.

20090604

Auwyeah!

Semalam Okie tolong snik pik keputusan tahun akhir.
Aku akhirnya bakal genggam skrol dengan CGPA yang cukup aku banggakan.
Terharu, tak sangka, mirekel, tak terkata.


"Ok thanks and congrats. Lega Babah sekarang, baru nama anak Babah. Ada Hadiah. Insyaallah, no problem."

Aah terima kasih Boifren.
Kalau tak, habis kena rejam kepala aku.
Uh uh.

20090602

Uh uh.

"What's that Sting bottle?"

"Trumpet."

"Ganja kan? What's the liquid inside it?"

"It's just a plain water. Tapi dah keruh."

"Really?"

"Yea, why?"

"As long as it doesnt harm you...."

20090601

(^_^)

Sumpah demi Tuhan aku laungkan, 7 hari lepas benar tulisan-tulisan di Loh Mahfuz begitu menghenyak jiwa rasa aku. Rasa terhadap sahabat yang aku kecil-kecilkan. Rasa sempit terhadap uang, hidup dan masa depan.

Hari ini jiwa aku sangat lapang.
Terima kasih Tuhan.

Sepeninggalan gig yang sempurna Sabetuh lepas.
Jutaan terima kasih buat kaki dan tangan, yang melengkapi aku.

1) Shima, Emy dan buah hati Emy.
2) Wanie dan Dedeyh Dahlia, terima kasih kerana sanggup berpanas dan berpeluh untuk kelancaran hari besar aku.
3) Eiya, terima kasih yang terlalu banyak kerana hadir pada majlis pertama aku.

dan yang terlalu banyak sangat membantu,

4) Kuting, terima kasih yang infiniti buat kamu, untuk air percuma 4-5 kali kamu kibaukan buat kami dan teman-teman, untuk duit pecah yang kamu cari ke sana ke sini, untuk jadi pengumum dan emsi setiap kugiran, untuk rasa tanggungjawab terhadap uang-uang, terima kasih kerana memandu aku (kau cilake ek orgasm dalam kereta tiba-tiba). Terima kasih Kuting, sangat-sangat. Untuk segala gurauan lahanat aku yang kau sabarkan, untuk segala tumbukan, pukulan, tamparan, sepakan, panjatan dan cubitan aku yang kau tahankan.

5) Bobo, terima kasih kerana membantu. Sungguh aku lemah tanpa kamu.

27 Jun, mari gegarkan Paul's Place!

P/s: Tuan CEO John dan Edy, ah benar aku rindu kalian.
P/s/s: Jangan buat lagi Bo, aku takut, sungguh!

20090529

Plastik.

Sahabat tak akan permainkan maruah kau.
Jadi kau jangan terus diperbodohkan.
Tolong sedar, usah kabur.

20090528

Final analysis.

Aku setambel surat jemputan yang berduyun untuk bulan ni.
Di bilik bos.
Dan aku terlihat kuot di dinding.
Berbunyi begini.

People are often unreasonable
Illogical and self-centered
Forgive them anyway
If you are kind
People may accuse you
of selfish, ulterior motives
Be kind anyway
If your are successful
You will win some false friends
and some true enemis
Succeed anyway
If you are honest and frank
People may cheat you
Be honest and frank anyway
What you spend years building
Someone could destroy overnight
Build anyway
If you find serenity and happiness
They may be jealous
Be happy anyway
Give the best you have
And it may never be enough
Give the world the best
you've got anyway
You see, in the final analysis
It is between you and God
It is never between you and them anyway
Aku baca perenggan akhir berkali-kali.
Teruskan baca lagi, berkali-kali.
"You see, in the final analysis
It is between you and God
It is never between you and them anyway"
*diam

Menyenggama.

Cik Limah memandu aku ke tempat majlis hari ini.
Kami mengatur, mengurus dan menjadi dewa senggama majlis hari ini.
Aku tidur sepanjang perjalanan pergi dan pulang.
Ah syoknya.

Hari yang laju pun berakhir.

20090527

A-u

Hari ini hari Rabu.

Beratnya kepala aku.

Kerja banyak habis buntu.

Makan pun tak menentu.

Kerja kerja kerja bertalu-talu.

Entah kuat aku tak tahu.



20090526

Kalis.

"Ada sesuatu berharga yang akan tinggal. Percaya tak?"
Aku harap kita bertahan..

Wudstok.

Aku rasa, untuk menonjolkan potensi sebenar sebagai pengurus dan pengaturcara majlis, aku harus duduki semula ujian bangsat tu.
Stemen biasa sahaja, tapi aku tak pernah puas.
Harus dapat yang baik dan terbaik, sahaja.
Cebai la.


Menulis,

Tuan Bunchen

Nak (^_^)


Yu, yu, befdei ai 30 Oktober tau yu.
Tau tau yu, ihiks.

Najis.

Dulu kau datang jilat tapak kaki aku.
Tak fikir maruah harga diri kau.
Sekarang bila kepala kau sudah besar.
Kau nak pijak aku.
Dan tunjuk kau kuat.
Silap besar lah.

20090525

Penangan.

SHATU.

Lokasi: Di dalam komuter menuju ke Subang Jaya. Berdiri berhadapan sosok hitam.

Situasi: Seluk poket, capai cheremin mata hitam dan sarung ke mata.


Hann: "Bobo! Mana kau! Mana kau!"
Bobo: "Babi!"

*satu penumbuk bangsat singgah tepat ke lengan. Urghh!
*meraung

DHUA.

Lokasi: Luar stesen komuter berhampiran Carrefour Subang.

Situasi: Seluk poket, capai cheremin mata hitam dan sarung ke mata.

Hann: "Bobo! Mana kau! Mana kau!"
Bobo: "Kau hengat lawak ar?"


Reaksi: Gedebushhh! Satu lagi penumbuk lahanat singgah tepat ke lengan.

*melalak.

Moral: Orang gelap bukan sahaja pandai buat lawak, malah ganas, kejam, liar dan buas.


Melaporkan,

Mangsa

Lets hit the floor ho~

Mosh warriors, lets paint the town RED~